Dengan Nama Allah S.W.T, Yang Maha Berkuasa, Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Mengetahui. aku panjatkan doa kesyukuran dan sejahtera keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada kerabat baginda dan para sahabat, para rasul dan nabi Allah, para wali, para shahid, para ulama dan tahfiz, kepada kedua ibu dan bapa ku, ahli keluarga ku, saudara-mara ku, guru-guru ku, teman ku, sahabat ku, rakan ku, kenalan ku, mereka di sekeliling ku, dan kepada semua umat Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia dan kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa, agama, kepercayaan dan keturunan. semoga bulan Ramadhan yang mulia ini memberi kita erti kehidupan yang jujur, telus, aman, adil saksama, amanah. kemenangan DSAI di Permatang Pauh memberi mesej jelas rakyat Permatang Pauh indirectly mewakili rakyat Malaysia kepada kerajaan BN yang kerajaan yang korupsi, tidak cekap, jahil, adalah kerajaan yang ditentang dan politik perkauman tidak lagi releven pada era sekarang. kepentingan rakyat yang sentiasa di pandang ringan dan subsidi yang cuma meringankan beban golongan yang berada menunjukkan kerajaan tidak peka dan sentiasa memperkotak-katikkan minda rakyat. sesungguhnya rakyat telah lama sedar akan ketidaktelusan dan ketikacekapan kerajaan dalam menguruskan dan membangunkan negara dan lebih mementingkan saku sendiri. ini bukan satu fitnah dan ini adalah apa yang berlaku selama ini. masyarakat melayu di cemarkan pemikiran kolot dan sentiasa dibunuh idea-idea yang bernas bagi menutupkan segala "lubang-lubang kejahatan" dan meraka yang berupaya untuk menyumbang, ditindas dan dinafikan kerana takut akan ancaman masa hadapan. percayalah yang keadilan akan prevail dan semua kejahatan akan terdedah kepada mata rakyat.
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment