Friday, January 11, 2008

maramkerapu....

hello semua!! ya...terkejut? jangan la sebab aku rasa tak ada sebab korang semua nak terkejut sebab ini adalah perubahan yang aku bawa untuk tahun 2008. aku akan post entry pada tahun ini dengan bahasa melayu. aku nak memperkasakan bahasa melayu aku je sebab aku rasa aku makin hilang "rasa" berbahasa melayu. hari ini adalah hari yang ke 11 dalam bulan januari 2008 dan aku sangat berasa semangat kerana aku....hehehe....aku telah menemui "roh" aku kembali. aku akan bercerita tentang itu kemudian, yang paling penting adalah kehidupan pada tahun ini akan berbeza dan perbezaan ini adalah untuk kebaikan atau mungkin keburukan. untuk tahun 2008 ini aku akan meluaskan skop penulisan aku dan aku akan cuba untuk lebih kreatif dalam sampaikan bahan-bahan untuk korang semua. so aku rasa akan lebih ramai la pembaca blog ni dan akan lebih la komen yang aku dapat. kalau ikutkan hati memang aku nak sambung tapi aku tengah kerja la. so aku akan kembali menceritakan tentang "roh" aku tadi. so long guys! until then...

No comments: