sampai sekarang aku masih berasa sedih dengan berita kematian yasmin ahmad. seorang yang berbakat besar, berani, berbudi bahasa, baik hati, patriotik dan banyak lagi. aku memang tak kenal beliau secara dekat namun hasil kerja beliau yang sungguh jujur dan telus membuatkan aku meratapi pemergian yasmin ahmad. kerugian besar sedang kita alami dan sebenarnya lebih parah dari kemerunduman ekonomi sekarang. kita semua telah miskin dengan pemergian beliau dan apa yang ditinggalkan beliau adalah karya beliau yang kaya. karya arahan beliau unggul kerana diterima seluruh lapisan masyarakat tak kira keturunan. sungguh sayu hati ni mendapat tahu akan pemergian beliau yang semuda itu. memang aku jangkakan yang beliau akan pergi setelah menderita strok, tapi aku masih kaget dan sayu. semoga roh beliau dicucuri rahmat yang Maha Esa. aku berserah..
Monday, July 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment