Wednesday, December 17, 2008

politik oh politik.....

sejak pilihanraya yang lepas, senario politik di Malaysia sekarang bertambah rancak dengan lebih ramai pihak yang berani bersuara yang selama ni cuma kat kedai kopi je, tapi sekarang sampai masuk TV. anwar ibrahim dengan cita-cita besar dia yang belum kesampaian hajat tu masih mencongak strategi perangnya dan bagi BN pulak, harga minyak turun lagi...rakyat suka la, aku pun sebenarnya...tapi sebenarnya ianya adalah satu diversion dari topik prima, ape dia? pilihanraya kecil, ISA, dan macam-macam lagi la..semua tu satu propaganda politik! tak kira la pihak mana pun, BN ke PR ke, masing-masing ada agenda masing-masing dan bagi aku politik tetap politik. aku tak akan berpihak mana-mana sebab perkara sama ada kemungkinan berulang. jadi aku pun ikut hati aku je. aku cukup kagum sekarang dengan kawan-kawan aku yang lama aku tak jumpa, mereka kini lebih mengambil langkah yang nyata untuk melawan anasir-anasir jahat BN dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai badan bukan kerajaan untuk melawan dasar kerajaan yang semata-mata nak menguntungkan kaum kerabat sendiri je... rakyat makin lama makin tertindas. rakyat melayu tetap di takuk yang lama jugak. miskin!kalau dulu hanya tulis lagu, kini, keluar TV...auw!!! tapi aku tetap mengambil langkah yang pasif terhadap itu dan aku pun tidak mahu memikirkan sangat sebab nanti cepat tua...thehehe....kenapa? muka selalu berkerut memikirkan macam mana nak menggulingkan kerajaan sekarang...hehehe...gurau je. apa-apa pun salam kepada semua kawan-kawan aku. aku pun bukan tak mahu ambil tahu dengan isu semasa, cuma mengambil langkah memerhati sebelum bertindak. yang pasti, BN terutamanya UMNO sudah tidak releven kepada rakyat melayu dan negara. cheers!!!

2 comments:

Ekin Ibrahim said...

hmm okey good one....
ini pandangan saya..
UMNO bukannya 100% tak relevan bukan parti, bukan BN, tapi org2 nyer, kalu diletak parti apa pun kalu ORG NYe Masih Sama atau org yang punya ideologi yang sama , pegangan terpesong yang sama , semua dibuat atas dasar kehendak perut sendri , hmm tak akan berubah..

Waima diwujudkan parti apa pon n tak kesah guna apa cara pon tak kesah berapa tahun pon kalu niat nye mmg dah rosak .. mmg akan rosak....

jadi kalu nak start fresh kene "format"kan org2 ini. itu termasuk kita sebagai rakyat malaysia.

bukan nak guling kan kerajaan sebab kerajaan itu adalah kita sendiri.. tanpa rakyat tiada kerajaan.

kita semua kena berubah tak kira pembangkang bukan pembangkang kene sesama sebab kita semua duduk diatas satu bumi..

Anonymous said...

bagus pembentangan ni. pada dasarnya memang pada niat. itu adalah satu yang asas. saya cadangkan sesiapa ada pandangan sila la komen. mungkin kita akan buat sesuatu yang lebih radikal dan berkesan...