Friday, December 19, 2008

reformasi!!!

kali ni kita mesti bertindak. segala yang kita harapkan nampak macam akan lebur dan akan ada banyak lagi kehancuran hati, kesusahan rakyat selepas ni. dengan pengambilalihan Sime Darby keatas IJN, ini telah menampakkan bahawa kerajaan tidak peka terhadap keperluan, kesusahan rakyat dan lebih membuatkan rakyat menderita. adakah Sime Darby akan melakukan kerja kebajikan seperti menjelaskan bil rawatan rakyat-rakyat miskin? aku tak yakin dan aku sememangnya tak percaya. tapi, sehingga kini yang aku baca kat blog rakan-rakan, cuma bekas menteri kesihatan iaitu Chua Soi Lek sahaja yang menyatakan pandangan tidak bersetuju dengan pengambilalihan ini. setakat ini juga suara dari sebelah PR masih tidak kedengaran. apakah pengambilalihan ini direstu oleh PR? kita mesti bertindak!!! IJN untuk rakyat dan akan terus untuk rakyat!! reformasi!!!

Wednesday, December 17, 2008

politik oh politik.....

sejak pilihanraya yang lepas, senario politik di Malaysia sekarang bertambah rancak dengan lebih ramai pihak yang berani bersuara yang selama ni cuma kat kedai kopi je, tapi sekarang sampai masuk TV. anwar ibrahim dengan cita-cita besar dia yang belum kesampaian hajat tu masih mencongak strategi perangnya dan bagi BN pulak, harga minyak turun lagi...rakyat suka la, aku pun sebenarnya...tapi sebenarnya ianya adalah satu diversion dari topik prima, ape dia? pilihanraya kecil, ISA, dan macam-macam lagi la..semua tu satu propaganda politik! tak kira la pihak mana pun, BN ke PR ke, masing-masing ada agenda masing-masing dan bagi aku politik tetap politik. aku tak akan berpihak mana-mana sebab perkara sama ada kemungkinan berulang. jadi aku pun ikut hati aku je. aku cukup kagum sekarang dengan kawan-kawan aku yang lama aku tak jumpa, mereka kini lebih mengambil langkah yang nyata untuk melawan anasir-anasir jahat BN dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai badan bukan kerajaan untuk melawan dasar kerajaan yang semata-mata nak menguntungkan kaum kerabat sendiri je... rakyat makin lama makin tertindas. rakyat melayu tetap di takuk yang lama jugak. miskin!kalau dulu hanya tulis lagu, kini, keluar TV...auw!!! tapi aku tetap mengambil langkah yang pasif terhadap itu dan aku pun tidak mahu memikirkan sangat sebab nanti cepat tua...thehehe....kenapa? muka selalu berkerut memikirkan macam mana nak menggulingkan kerajaan sekarang...hehehe...gurau je. apa-apa pun salam kepada semua kawan-kawan aku. aku pun bukan tak mahu ambil tahu dengan isu semasa, cuma mengambil langkah memerhati sebelum bertindak. yang pasti, BN terutamanya UMNO sudah tidak releven kepada rakyat melayu dan negara. cheers!!!

Saturday, December 13, 2008

fodder

from the day you are born you are fed a story
go to your grave for your country's glory
fighting for your country fighting for your flag
fighting for your for the money and the rich of the land

expendable fodder your're played like a pawn
greed of your leader's will be your demise
fighting for your ego's and the status of your leader
not justice and freedom as you are bred to believe

come and learn what can in the army
skills of hate, power and control
come and learn what it's mean to be a man
and go die for your country's glory!!!!