Sunday, May 11, 2008

salam dari ampang point....

kebangkitan yang dijangka dan dinantikan. panas semua punggung-punggung mereka lari lintang pukang dan ada yang terus sembunyikan diri dalam rumah. kelakarkan? memanglah. marah pun ada, kecewa lagilah. tapi inilah yang di panggil kurap masyarakat. menipu rakyat, menyeleweng, jenayah terancang, korupsi, birokrasi, dan macam-macam lagi. berselindug di sebalik songkok dan cuba sedaya-upaya menegakkan benang yang basah. malaon-malaon ni sudah tidak releven pada rakyat dan jelas semata-mata untuk menjaga perut yang buncit tu. segala duit didepan mata disebat rasa tak bersalah. sekarang, tuduh menuduh sesama sendiri. malu kalau dilihat seperti sarkis yang belum jinak. rakyat marah dan kecewa kerana seperti dipilih untuk berkhidmat tapi diisikan dulu saku-saku tu. tak cukup dengan suami, isteri pun terlibat sama. jutaan ringgit untuk "kebajikan perbelanjaan ke paris", "lawatan sambil belajar ke rome"..ish manalah tuhan tak murka? semuanya sebab sifat tamak yang tidak lagi dapat ditangani. sekarang, muka pun pucat menunggu berita seterusnya. tapi ada juga keraguan proses penyiasatan kerana yang menyiasat tu juga ambil "duit kopi"...apa, kopi kat rumah tak cukup ke? akibatnya akan alamilah cetusan kemarahan rakyat. dikritik, diherdik balik. perjuangan yang tidak releven kerana menyusahkan rakyat terutamanya bangsa sendiri. akibatnya segala pintu untuk menonjolkan diri di arena yang lebih kompetitif, disekat kerana bangsa lain marah dengan keistimewaan yang diberi tapi mereka tak tahupun yang diberi pun hanyalah untuk kaum kerabat sahaja. yang lain kena buat dan cari sendiri. rugi tak? sekarang ternyata yang proses demokrasi akan menjamin semula dan undang-undang yang menjaga kepentingan pihak-pihak ini membuatkan si bapa, meringkuk didalam penjara hanya kerana menuntut hak sama rata sebagai rakyat dan manusia biasa dihapuskan. kemunculan hero-hero bangsa yang memperjuangkan keadilan sangatlah dinantikan. berani kerana benar, takut kerana nanti bini tahu dan kenalah bunuh juga. lebih hina lagi bila menolak agama untuk kepentingan bangsa!! agama ditolak kerana tidak releven dengan pemerintahan sekarang dan di wujudkan pula mazhab baru. semuanya untuk kepentingan politik semata-mata. agar undi tak turun dan pengundi dari agama terpengaruh. melatah jangan cakaplah. sikit sahaja komen atau kenyataan dibuat, penuhlah jalan-jalan raya sambil membawa sepanduk macam-macam katanya. dari dulu pun perkara tu tak pernah berubah. sejak pemerintahan yang dulu pun bangsa sendiri ditindas lebih malang lagi dengan bangsa sendiri pula tu. gimik tak habis-habis! nilai budaya diperalat untuk meraih populariti tapi sekarang, minta maaf sampai tak cukup orang nak bersalam dah. tak malu!! tempoh "honeymoon" dah tamat dan sekarang masanya untuk menempuh realiti yang penuh dengan segala drama baik dari orang sendiri mahu pun orang sekeliling. muhasabah diri dan tengok dengan mata hati.

2 comments:

Unknown said...

wow.. pedas, pedas.. bagi lagi!!! bagi lagi!!!.. I really am waiting for THAT moment of truth.. Cant wait. All those rambut blow tinggi gunung and all those big pearls (ceh!!!).. i really want them out!!! er, no. SHAMED and out!!!

awe said...

bukan niat memang nak kritik macam ni. hati ni berat juga nak tulis, tapi harus kerana kebenaran.